MalayArabicChinese (Simplified)English
 
 
 
 
A
A
A
JKR Johor
PAUTAN LAIN
PENGENALAN CPM (MS PROJECT 2003)


Laman web saya bentangkan untuk semua warga JKR seluruh negara. Sememangnya telah ramai yang mengambil rujukan samaada untuk menyediakan CPM sesebuah projek atau untuk mempelajari bagaimana menggunakan Ms Project. ....terima kasih kepada mereka yang telah memberikan maklumbalas/komen yang membina. Melalui pengalaman dan pegamatan menghadiri mesyuarat tapak. CPM yang disediakan oleh pihak kontraktor walaupun menggunakan perisian Ms Project, namun tahapnya masih belum mencapai apa yang diharapkan. Kebanyakkannya tak ubah sebagai 'bar chart' perancangan projek. Perisian ini seharusnya lebih dimanfaatkan agar ianya dapat digunakan dengan lebih 'comprehensive' yang akan secara langsung mempermudah dan mempercepatkan tugas pemantaun dan penilaian projek.
• Rata-rata CPM yang disediakan sekadar syarat sahaja.
• Yang menyemak pun adakalanya tak pasti.
• Laporan bulanan tidak berdasarkan CPM yang disediakan.
• CPM tidak di kemaskini. 
SEBAB-SEBAB
CPM dibuat oleh orang lain
Item terlalu banyak (2600 item untuk satu bangunan 2 tingkat?) 
Tak tahu, tak diarahkan, tak nak ambil tahu.
SEPATUTNYA
Keperluan CPM difahami oleh kedua belah pihak. 
CPM untuk APA?
• CPM untuk PERANCANGAN > unjuran kewangan, s-curve...
• CPM untuk PEMANTAUAN > kemajuan kerja & kewangan, awal lewat...
• CPM untuk REKOD > EOT, masalah.... 
Perlu dipermudahkan/diringkaskan. 
Mudah difahami

 

Perlu diingat, bahawa perisian ini dibina dinegara yang kaedah perlaksanaan dan pemantauan project yang berbeza dari negara ini. NOTA yang saya sediakan mengenalpasti perkara berkenaan seperti jumlah % complete adalah berdasar kepada duration, bukannya kerja fizikal atau kewangan sebagaimana yang biasa digunakan untuk Projek JKR. Dengan menggunakan formula yang mudah, NOTA yang disediakan dapat menerangkan penggunaan perisian ini untuk membolehkan kita memantau projek sepertimana biasa tetapi dengan cara yang lebih mudah dan cepat. Lain orang lain caranya guna MS Project ni. So… bukan siapa yang betul atau siapa yang salah, semuanya betul bergantung kepada tahap penggunaannya. YANG PENTING TAHU MANGGUNAKANNYA

 

• KAEDAH yang saya anjurkan ini mungkin berbeza dari amalan biasa JKR menyediakan Laporan Kemajuan Projek o % kewangan yang negatif tidak semestinya projek lewat atau sebaliknya. (tapi inilah hakikatnya CPM) …. Mengapa? o Kelewatan projek (dalam hari) tidak berdasarkan dari pengiraan kelewatan peratus kewangan. o S-Curve untuk EOT perlu disambung dari S-Curve asas dan geraf kemajuan sebenar. (bukan S-Curve Baru) o • S-CURVE: o Dari penyediaan CPM, S-curve boleh dihasilkan dengan mudah. o Dari S-CURVE ini, belanja bulanan atau unjuran kewangan boleh digunakan bagi Maklumat SKALA. o Akan tetapi untuk menghasilkan S-Curve yang “Cantik“ bukan perkara mudah. Dan kontraktor sering dalam keadaan serba salah apabila dikehendaki menyediakan S-Curve sedemikian.  1. Yang dihasilkan oleh kontraktor 2. yang diperlukan oleh JKR.. 3. hakikatnya geraf kontraktor adalah lebih baik...
PENGUMUMAN

Pengurusan Laman Web JKR mengalu-alukan maklumat terkini dari Bahagian/Cawangan/Daerah.  Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada johor@jkrjohor.gov.my. Kerjasama dari tuan/puan bagi menjayakan laman web JKR Johor ini amatlah dihargai.
 


Sila dapatkan ID dan Pasword dari Pegawai HRMIS Daerah dan Bahagian yang telah dilantik. Bantuan mendapatkan setting IE9 Sila Klik Disini...


GARIS PANDUAN PENGURUSAN KESELAMATAN SEKTOR AWAM MALAYSIA (MyMIS) Sila Klik Disini...

PAUTAN PILIHAN
Job Malaysia
Cinta Sejati

"Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya."

Arkib